Menjadi ibu bapa yang serba kekurangan boleh menjadi satu bebanan besar dalam hidup. Begitulah yang terjadi terhadap seorang ibu yang sanggup berpanjang tangan untuk mencuri kotak pensel di sebuah pasaraya demi memenuhi hasrat jika anaknya berjaya menduduki tempat pertama di sekolah.
Peguam Kongsi Kenangan Yang Takkan Dilupakan
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh peguam yang dikenali sebagai @amzaharil di laman TikTok, beliau membuka sebuah kisah yang takkan pernah beliau lupakan. Menurut isi yang dihujahkan, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India bersama gari di tangan telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri sebuah kotak pensel di pasaraya yang bernilai RM18.
Katanya, wanita tersebut bertindak mencuri kotak pensel berkenaan kerana sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah jika berjaya mendapat kedudukan pertama dalam pelajaran di sekolah. Walaupun begitu, wanita tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi menunaikan janji terhadap anaknya. “Saya tiada duit, jadi saya curi”, ayat ringkas wanita itu kepada peguam tersebut.
Anak Dah Berjaya Jadi Peguam Sebenar
Tahun demi tahun masa berlalu sehingga sekitar tahun 2010 hingga 2017, ketika Datuk Ahmad Zahari sedang berada di kantin beliau menyedari bahawa setiap hari dia kerap diperhatikan oleh seorang lelaki. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah anak kepada wanita yang mencuri kotak pensel dan kini anaknya telah berjaya menjadi peguam. Datuk Ahmad Zaril mengatakan kejadian ini adalah salah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau bergelar peguam.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat tersentuh hati dengan tindakan yang dilakukan oleh peguam terbabit kerana sifat berperikemanusiannya sangat murni dan tulus untuk membantu seorang ibu yang hanya mahukan menunaikan hasrat seorang anak.
Kredit: TikTok amzaharil