Malaysia telah mencatatkan jumlah perlaburan yang meningkat sebanyak 16.6% berbanding tempoh sama pada 2019 dengan bernilai RM109.8 bilion meskipun negara dihimpit kesan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaburan asing menjunam di rantau Asean.
Statistik itu dikeluarkan selepas wujud dakwaan negara kehilangan pelaburan asing berbanding negara-negara jiran. Walau bagaimanapun, MIDA turut mengakui landskap FDI akan kekal mencabar dan sangat kompetitif.
Bakal meluluskan lagi 240 projek pelaburan asing
Untuk pengetahuan, kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut dalam perbincangan untuk meluluskan lagi 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi.

Secara tidak langsung, pelaburan itu bakal mewujudkan kira-kira 65,000 peluang pekerjaan dengan melibatkaan 3,000 projek yang merupakan pelaburan langsung asing (FDI).
Pelaburan terbesar ialah sektor pengilangan dengan jumlah 59.5% atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM42.8 billion) dan sektor primer (RM1.7 billion).
Merangka pelaburan
Justeru, memacu pelaburan adalah kunci utama dalam memastikan pemulihan pertumbuhan Malaysia
Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut berkata, usaha sudah dipertingkatkan untuk terus menarik dan memudahkan pelaburan berkualiti dengan kerajaan mengumumkan beberapa insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ini termasuk pengecualian cukai 10 hingga 15 tahun bagi FDI baharu dalam sektor pembuatan. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang merangka strategi pelaburan nasional
Malaysia mendahului China dan Jepun

Dalam kajian secara bersama baru-baru ini oleh KPMG dan Manufacturing Institute in the United States bertajuk ‘Dalam kajian secara bersama baru-baru ini oleh KPMG dan Manufacturing Institute in the United States bertajuk ‘Cost of Manufacturing Operations around the Globe’, Malaysia menduduki tangga keempat daripada 17 ekonomi, mendahului negara Asia lain seperti China, Jepun, Vietnam dan India.ului negara Asia lain seperti China, Jepun, Vietnam dan India.
Kajian itu mengesahkan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab rantaian bekalan global di rantau ini.