Kisah curang antara artis dan selebriti tiada kesudahan. Kini timbul pula cerita kononnya pelawak dan pengacara Shuk Sahar didakwa berlaku curang terhadap isterinya.
Tular di Twitter, seorang individu mendakwa Shuk mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. Malah, individu berkenaan turut membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.
Sehingga dipaksa gugurkan anak
Menerusi laman Twitter, dakwaan tersebut muncul selepas seorang pengguna laman itu mendedahkan sikap buruk seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh yang dikatakan gemar menggoda suami orang lain.
Bukan sahaja pernah menggoda Shuk, malah wanita itu turut mendakwa pernah mengandungkan anak kepada pelawak terkenal itu.
Menurut pihak yang mendedahkan isu tersebut, tujuan dia berbuat demikian kerana berasa kasihan terhadap Sera.