Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pada hari ini bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pengangkutan awam, termasuk hospital mulai Rabu depan.
Beliau turut menambah individu yang positif COVID-19 bagaimanapun harus memakai pelitup muka, tetapi masih tidak diwajibkan ketika berada di klinik atau hospital serta di dalam pengangkutan awam.

Kuarantin Dipendekkan Dari Tujuh Kepada Lima Hari
Dr Zaliha Mustafa menyatakan bahawa tempoh pengasingan kes COVID-19 akan dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari hari gejala pertama yang juga berkuat kuasa pada Rabu depan. Ia juga adalah sebahagian daripada kelonggaran garis panduan COVID-19 yang telah dikemaskini dan diperbaharui.
“Ini berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes COVID-19 tinggi pada lima hari pertama dari bermula gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut,” jelasnya.
Kes COVID-19 Telah Turun Sebanyak 53.5 Peratus (5801 Kepada 2698 Kes)
Menurut sumber Kosmo, kes kematian COVID-19 juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 35.3 peratus iaitu 17 kes kepada 11 kes. Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam dan pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun.
Walaubagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan ke atas individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, individu berpenyakit kronik, ibu mengandung atau individu yang mempunyai pengudaraan kurang baik.
Kredit: BH Online, Kosmo