Sebuah kereta merempuh pagar Masjidil Haram di Makkah awal pagi tadi. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Difahamkan insiden itu berlaku pada jam 10.25 malam waktu tempatan dan 3.25 pagi waktu Malaysia itu berlaku di Pintu 89.
Kereta dipandu laju
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kereta tersebut dipandu laju sebelum merempuh pagar di lokasi kejadian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mendoakan kesejahteraan Masjidil Haram dan para tetamunya selepas masjid suci umat Islam itu dirempuh sebuah kenderaan.
Moga Allah pelihara Haramain dan para tetamu-Nya.
Berada dalam keadaan tidak normal
Pasukan yang menyiasat insiden itu memaklumkan, pemandu kereta itu adalah warga tempatan yang ‘berada dalam keadaan tidak normal’.
Suspek yang dikatakan memakai pakaian ihram ketika kejadian, kini dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.
Walau bagaimanapun, motif dan punca kejadian masih disiasat.