fbpx

Seorang lelaki yang dipercayai mabuk, maut setelah terlibat dalam kemalangan akibat memandu melawan arus di susur Lebuhraya Elite ke Lebuhraya Baru Lembah Klang menghala ke Subang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shariat berkata, mangsa 25 tahun, dari Triang, Pahang cedera parah dan mati di tempat kejadian, setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya merempuh bahagian hadapan sebuah lori, yang melalui susur jalan yang sama.

Pemandu mabuk maut kemalangan

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala pemandu lori yang berusia 45 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa dipercayai ada (mengambil) minuman keras berdasarkan bau alkohol yang kuat pada mangsa semasa siasatan…

[fbcomments]