fbpx

Saban hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk. Malah masalah pemandu mabuk dan membahayakan orang lain sememangnya tidak pernah habis dibahaskan. Pasti ada sahaja kes baru setiap hari

Sampai masuk ruang tamu

Namun baru- baru ini, lain pula ceritanya dimana seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jamaliah Mimhat telah memuat naik gambar rumah keluarganya yang rosak apabila dirempuh sebuah kereta pada awal pagi akibat daripada pemanduan si pemabuk.

Rempuhan kuat itu membuatkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu individu tersebut remuk dibahagian hadapan.

Perkongsian tersebut juga membuatkan warganet berasa geram kerana tindakan tersebut begitu membahayakan orang yang tidak bersalah.

[fbcomments]