Kehilangan orang tersayang sememangnya sesuatu yang amat menyedihkan. Terutamanya jika kematian itu disebabkan oleh kecuaian orang lain.

Itulah yang dirasai keluarga Allahyarham Mohd Rizal, mangsa kemalangan maut membabitkan perodua Myvi yang dipandu seorang wanita positif dadah di Johor Bahru.

Kenapa langgar papa sampai mati?

Menurut laporan Harian Metro, isteri arwah iaitu Nurul Asyiken Amir berkata sukar baginya untuk memaafkan pemandu tersebut memandangkan dia bersama tiga anaknya masih terkejut dan sedih.

Anak sulung berusia lima tahun sudah menonton video kereta bapanya dirempuh wanita itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu langgar papa sampai mati.‘

Hati saya hancur. Derita itu hanya saya dan anak yang akan tanggung. Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima.

Baru sahaja sambut hari lahir anak

Allahyarham yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempat menyambut lahir anak sulung sebelum berlaku kejadian tersebut.

Saya bukan tidak menerima suratan takdir, namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini hancur.

Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih.

Bagaimanapun, Nurul tetap mendoakan agar wanita berkenaan insaf dan tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Difahamkan pemandu Perodua Myvi berkenaan menerima hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000.

[fbcomments]