RM10,000 tunai menanti pemenang yang berjaya menamakan anak tapir betina yang dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City pada 6 Februari lalu.

Pertandingan namakan bayi tapir

Difahamkan, pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee telah mengadakan pertandingan Namakan Baby Tapir Kami itu bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).

Pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi Facebook atau laman web https://linktr.ee/99wonderlandpark untuk maklumat lanjut.

Tapir yang dipinjamkan

Mengulas mengenai kelahiran tapir betina itu, Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Tapir Malaysia, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lalu.

Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.

Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan.

Jeff bersama pekerjanya melihat anak tapir yang baru dilahirkan itu. FOTO ihsan pembaca

[fbcomments]