fbpx

Aiman Tino baru saja melangsungkan perkahwinan pada 27 April 2023 dengan pasangannya, Che Syarah Haifa Che Isa. Dalam pada kegembiraan tersebut, ada pula cerita kurang senang yang berlaku yang dimaklumkan oleh ibu penyanyi tersebut.

Pada Rabu, ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil ada memuat naik di Instagramnya gangguan yang diterima pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu.

Menurut laporan mStar, perkara itu berlanjutan setelah sekian lama hinggakan wanita berusia 21 tahun berkenaan mengugut membunuh dirinya jika dia tidak dijadikan isteri kedua.

“Wanita itu ugut nak bunuh diri jika Aiman tidak mahu menjadikan dia isteri kedua”

Ibu kepada penyanyi itu lantas mengambil tindakan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ibu Aiman enggan nama anaknya dikaitkan jika perkara luar kawalan itu berlaku.

“Jadi sebab itu kami nak buat laporan polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingin terhadap wanita tersebut.”

Difahamkan peminat yang berasal dari Kelantan tersebut bukan hanya menghantar mesej kepada Aiman, malah mengganggu isteri dan adik beradik penyanyi tersebut.

Rupa-rupanya peminat bukan sekadar fanatik

Kakak kepada peminat tersebut telah tampil membuat pemohonan maaf kepada ibu penyanyi berkenaan. Dia memaklumkan adiknya kurang sihat dan merupakan seorang Orang Kurang Upaya.

“Kakak dia mesej saya di Instagram untuk meminta maaf. Dia kata minta maaf bagi pihak adik dia. Adia Orang Kurang upaya (OKU). Saya tak pasti OKU apa tapi mungkin dia lembam.”

“Dia akan pastikan adik dia tidak buat lagi, dia pun tak sangka adik dia akan buat macam ini. Kakak dia kata ada kawan yang beritahu memandangkan dia tak aktif dalam Instagram,”katanya lagi.

Meskipun kakak kepada peminat itu tidak tinggal bersama adiknya, mereka membuat keputusan untuk memantau aktiviti adiknya itu. Kawalan agak sukar kerana adiknya mempunyai telefon bimbit sendiri dan kadang-kadang menggunakan telefon bimbit ibu bapa.

Hazelina bagaimanpun tidak akan menarik laporan polis tersebut memandangkan tindakannya adalah untuk persediaan buat Aiman dan keluarga.

Hazelina bagaimanpun menganggap perkara itu telah selesai.

Sumber: mStar

[fbcomments]