Pelakon baru Amir Ahnaf menjadi pujaan generasi muda kerana berbakat dalam lakonan selain dilengkapi pakej lengkap wajah yang kacak dan pandai.

Namun, ada yang meluahkan rasa kecewa apabila pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin,21, itu dikatakan sombong ketika berjumpa dengan peminat.

Pelakon itu telah hadir ke konsert Big Stage 2023 pada Ahad lalu sebagai Presiden Netizen program tersebut. Walau bagaimanapun, selepas program berakhir, Amir didakwa bersikap acuh tak acuh terhadap peminat yang ingin bergambar dengannya.

Seorang pengguna TikTok iaitu Nezuko.Hamari berkata, cubaan memanggil pelakon itu, namun tidak diendahkan. Malah pelakon yang terkenal dengan watak Kahar dalam siri Project High Council itu membuat ekspresi jengkel dan memalingkan muka apabila disapa.

“Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.

Peminat tersebut ada meminta izin bodyguard Amir untuk untuk bergambar, namun tidak dihiraukan dan alasan yang diberikan ialah pelakon itu penat.

Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat.

Kawan saya panggil Amir sendiri, dan Amir hanya tengok dia dengan muka yang kurang menyenangkan (annnoyed) dan palingkan muka,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman sama apabila terserempak dengan selebriti tersebut.

Namun, ada juga yang memahami situasi Amir kerana menganggap seorang selebriti juga pasti akan kepenatan selepas seharian bekerja.

Sumber: TikTok

[fbcomments]