Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed, meluahkan rasa kecewa selepas menerima layanan kurang memuaskan ketika berkunjung ke sebuah kedai emas bersama isterinya, Fatin Syazwani baru-baru ini.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSMw68VSv/
Prince Syed Kecewa Layanan Kedai Emas, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf
Kunjungan pasangan tersebut bagi mencari koleksi barang kemas sempena sambutan Aidilfitri bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan apabila mereka dikatakan menerima layanan yang tidak mesra daripada salah seorang staf kedai berkenaan, selain dilihat seolah-olah membaling cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.
Insiden itu turut mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsikan menerusi satu rakaman video di media sosial. Tindakan staf yang didakwa kurang sopan, termasuk cara layanan dan intonasi percakapan, menimbulkan ketidakpuasan hati pasangan tersebut.
![]()
Susulan itu, perkongsian video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang menyatakan rasa simpati serta menggesa pihak kedai emas terbabit untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Rentetan kejadian itu, pihak pengurusan kedai emas berkenaan tampil dengan permohonan maaf secara terbuka. Mereka memaklumkan bahawa tindakan telah diambil terhadap staf yang terlibat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSMwj3bvs/
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, wakil kedai emas tersebut menegaskan bahawa perkhidmatan pelanggan adalah keutamaan mereka dan pihaknya kesal dengan situasi yang berlaku. Selain itu, mereka turut menegaskan bahawa mana-mana aduan pelanggan akan diteliti dengan segera bagi memastikan kepuasan pelanggan terus terjamin.
Sementara itu, Prince Syed dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak pengurusan kedai emas telah menghubunginya bagi menjernihkan keadaan. Beliau juga mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan meminta orang ramai mendoakan segala urusan kedua-dua pihak berjalan lancar.
Kredit: TikTok prince.syed.shahid, TikTok haniffajewellers