fbpx

Seorang pemuda menangis sayu setelah pelanggan yang memesan 60 bungkus nasi bungkus membatalkan ‘order’ secara tiba-tiba, walaupun nasi dan lauk sudah hampir siap dimasak.

Video yang berlaku di Indonesia ini memaparkan pemuda tersebut menangis kesedihan semasa sedang menyiapkan masakan, telah menimbulkan rasa sebak netizen.

Lagi masak buat pesanan nasi kotak 60 pcs, tiba tiba ada tlp dari customer nya dia minta cancel dadakan, auto si mas nya nangis sambil lanjut masak. Kasihan 😭😭😭

Posted by Dewi Yulianti on Monday, February 1, 2021

Difahamkan video tersebut dikongsi oleh teman wanitanya menerusi laman sosial TikTok.

Menurut teman wanitanya itu, sebaik sahaja pelanggan membatalkan pesanan, kekasihnya (pemuda tersebut) dilihat menangis tersedu-sedu sambil mencedok makanan yang sedang disiapkan bagi memenuhi pesanan nasi bungkus tersebut.

Sedih kerana berhutang

Tambah teman wanitanya itu lagi, kekasihnya gagal menahan air mata kerana modal yang digunakan untuk menyiapkan pesanan itu datang daripada ‘hutang’ dan disebabkan pesanan itu telah dibatalkan, dia tidak boleh membayar hutangnya.

Bayangkan kalau kalian berada dalam situasi dia, betapa sedihnya nasi bungkus yang sudah dipesan sebanyak 60 bungkus, tiba-tiba di ‘cancel’. P

Adahal dia bertungkus-lumus meminjam duit ke sana ke mari sebagai modal, kerana deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba pembeli ‘cancel’ pula.

Bersedekah

Namun akhirnya, pemuda tersebut membuat keputusan untuk sedekah kesemua nasi bungkus berkenaan.

Bersedekahlah meski kita dalam keadaan kekurangan kerana masih ramai insan lain di bawah kita yang memerlukan

Walaupun dalam keadaan susah, sanggup lagi bersedekah kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki!

[fbcomments]