Nampak lipas terbang pun kita dan menggagau. Inikan pula bila seekor ular masuk didalam seluar!
Menurut laporan Times Now, kejadian itu berlaku di perkampungan Sikandarpur di kawasan Uttar Pradesh di mana seorang pemuda melalui detik cemas meminta bantuan daripada rakannya untuk mengeluarkan ular tedung daripada dalam seluarnya.
Ular masuk dalam seluar ketika sedang tidur
Lelaki bernama Lovekesh Kumar, berpaut pada tiang dan hanya mampu berserah apabila apabila seluarnya dimasuki ular tedung ketika sedang tidur.
Dia mula sedari kehadiran ular itu apabila tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang mengganggu ‘ularnya’. Dia pun terus bangkit, berpaut pada tiang dan sedaya upaya untuk tidak bergerak banyak bagi mengelakkan dirinya dipatuk ular tersebut.
Berpaut pada tiang sementara dapatkan bantuan
Sepanjang menunggu bantuan daripada pakar penangkap ular, Lovekesh Kumar memang tak berganjak pun. Dia berdiri je dan tidak bergerak.
Malah menurut laporan lagi, ular tedung tesebut sedang tidur didalam seluar dalam nya itu.
Berjaya dikeluarkan
Walau bagaimanapun, tahniah kerana ular tersebut berjaya dikeluarkan dan Lovekesh juga tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun patukan.