Penularan Kluster PUI Sivagangga yang berpunca dari seorang pemilik sebuah kedai Nasi Kandar di pekan Napoh itu telah dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu setelah pulang daripada India.
Tertuduh berusia 57 tahun, Nezar Mohamed Sabur Batcha mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.