fbpx

Tak dinafikan, zaman sekarang ni ramai pula yang teringin nak jadi Youtuber kerana ia merupakan jalan mudah untuk memperoleh pendapatan yang lumayan.

Pendapatan Youtuber haram

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan seorang pendakwah, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.

Menurut Abu, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. 

Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit.

Banyak lagi kerja lebih berkat

Tambah beliau lagi, adalah lebih baik jika dapat jauhkan diri daripada perbuatan yang tak berkat ini kerana banyak je kerja lain yang lebih berkat.

Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi keburukan Youtuber yang jenis sering memperkatakan perkara kurang baik .

Bertaubatlah dari perbuatan memfitnah dan mengadu domba wahai Youtuber.

[fbcomments]