Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, Masjid Tanah, dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan ketika memberi taklimat sukan bola baling di kolej berkenaan.

Mangsa yang bernama Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly, 19, disahkan meninggal dunia sekitar jam 11 malam ketika menerima rawatan di hospital berdekatan.

Pelajar Meninggal Dunia Selepas Pengsan Ketika Memberi Taklimat Sukan di Kolej Matrikulasi Melaka

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa sedang memberikan taklimat kepada peserta Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Melaka di dewan terbuka kolej itu.

Namun, sekitar jam 9.30 malam, beliau tiba-tiba rebah, menyebabkan rakan-rakan serta ahli Pertolongan Cemas St John Ambulance segera memberikan bantuan pernafasan (CPR) bagi menyelamatkannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pihak perubatan mengesahkan beliau telah meninggal dunia sekitar jam 11 malam.

Menurut pihak kolej, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Selain itu, pihak kolej turut menyatakan komitmen mereka dalam menguruskan kebajikan serta proses pengebumian Allahyarham yang dijadualkan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Kredit: Harian Metro

 

[fbcomments]