Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kecederaan selepas diserang seorang penjaja bazar semasa menjalankan pemeriksaan rutin di kawasan Bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Benteng baru-baru ini.
@majoritiofficial Kulit penguat kuasa tu koyak tau… (dalam whatsapp channel Majoriti ada gambar kesan gigitan tu) beritaditiktok trendingnewsmalaysia dbkl bazarramadan tanpalesen
Dua Anggota DBKL Cedera Diserang & Digigit Penjaja Ketika Pemeriksaan di Bazar Ramadan
Dalam kenyataan rasmi, DBKL memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan yang turut tular menerusi video di media sosial sehingga mencetuskan perhatian orang ramai.
Menurut DBKL, tindakan pemantauan yang dijalankan adalah sebahagian daripada usaha memastikan para peniaga beroperasi secara sah serta mematuhi syarat yang ditetapkan, selain menjaga kesejahteraan pengunjung bazar dan warga kota.
“Kadar sewaan tapak juga ditawarkan pada harga berpatutan bagi memastikan peniaga boleh beroperasi secara sah dan dalam suasana yang teratur. Langkah penguatkuasaan itu juga diambil bagi melindungi hak penjaja berlesen serta kesejahteraan warga kota,” jelas kenyataan itu.
![]()
DBKL turut menjelaskan bahawa notis peringatan akan diberikan kepada penjaja yang didapati beroperasi tanpa lesen sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Namun, dalam kejadian terbaharu itu, terdapat individu yang bertindak agresif sehingga mencederakan anggota penguat kuasa bertugas.
“Susulan insiden ini, dua laporan polis telah dibuat dan individu terbabit telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam masa sama, DBKL menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk provokasi atau kekerasan terhadap petugas yang menjalankan amanah demi kepentingan orang ramai.
![]()
Menurut DBKL, operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri bagi memastikan ibu kota kekal teratur, bersih, dan selamat untuk semua penduduk serta pengunjung.
Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang penjaja bazar Ramadan yang bertindak agresif termasuk menggigit tangan seorang anggota penguat kuasa DBKL ketika pemeriksaan dilakukan di tapak bazar terbabit. Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai keselamatan petugas ketika menjalankan tugas.
Kredit: Majoriti Official