fbpx

Seorang penyanyi veteran tahun 80an yang dikenali sebagai Rohana Jalil telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada jam 11.33 malam, semalam.
Beliau yang sebelum ini menderita akibat kebocoran usus telah dimasukkan ke hospital beberapa kali sebelum meninggalkan dunia pada hari Selasa.
Menurut Sumber Berita Harian, khabar duka itu telah disahkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun.

Sudah Tidak Sedarkan Diri Sejak Tengahari Tadi

Kematian arwah juga turut disahkan oleh rakan artis iaitu Zur Eda yang memaklumkan arwah meninggal di sisi keluarga. “Ya, kak Ana kembali ke rahmatullah pukul 11.33 malam. Dia meninggal dunia disisi keluarga”, menurut sumber melalui Mstar.

“Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang”, ulas Jepun.

Kuman Dah Merebak Ke Organ Utama Iaitu Di Paru-Paru Dan Buah Pinggang

“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, dan juga disebabkan faktor usia”, jelas doktor kepada media.

Pada Isnin lepas, Jepun memberitahu bahawa arwah berada dalam keadaan stabil, namun tubuhnya dikatakan lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.

“Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terahir bolehlah datang ke Masjid Al-Falah, USJ9. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur”, menurut Jepun kepada sesiapa yang ingin berjumpa arwah buat kali terakhir.

Kredit: Mstar, Berita Harian

[fbcomments]