Keganasan agama antara Hindu dan Muslim, telah tercetus di sekitar Delhi timur yang berpunca daripada seorang ahli politik yang tewas pilihanraya.
Ceritanya bermula dengan Kapil Mishra, seorang ahli politik tempatan yang lantang bersuara. Sebagai penganut Hindu dan berada di kasta paling atas, beliau telah berkhidmat untuk Amnesty International and Greenpeace dan berada dalam salah satu barisan politik paling progresif di India.
Tetapi beberapa tahun yang lalu, beliau telah beralih kesetiannya kepada parti pemerintah Bharatiya Janata – mempunyai pegangan ideologi Hindu yang kuat.
Membalas cara kekalahan
Beliau yang bernaung di bawah parti nasionalis Hindu terbesar di India tewas pada pilihanraya dan sekarang, beliau sedang mencari cara untuk membalas balik kekalahannya.
Namun jalan yang beliau pilih dilihat agresif dan tidak melambangkan seorang ahli politik yang profesional langsung!
Beliau telah turun ke jalan raya untuk menentang penunjuk perasaan yang membantah undang-undang kewarganegaraan baharu yang dilihat menekan kaum muslim di sana.
Keganasan terhadap kaum Muslim
Beberapa jam selepas itu, keganasan di antara kaum Hindu-Muslim tercetus menjadikan ia peristiwa paling buruk di India. Kedua-dua kelompok ini telah bersaing sesama sendiri dengan pedang dan senjata merbahaya – kedai habis terbakar, jalan raya dipenuhi dengan darah manakala berpuluh orang dilaporkan terbunuh.
Beberapa media tempatan turut menyebut bahawa kemusnahan di pihak Muslim lebih besar berbanding di pihak Hindu. Di kawasan Islam, kedai dimusnahkan dan seluruh pasaraya dibakar.