fbpx

Difahamkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu positif COVID-19. Dia kini sedang menjalani kuarantin sendiri selepas seorang pembantunya Rivka Paluch, membuat ujian saringan COVID-19 dan hasil pemeriksaan mendapati pembantunya itu positif wabak berkenaan.

Setelah mengetahui dirinya dipositif COVID-19, dia terus bertindak mengasingkan dirinya atau berkuarantin dan dijaga rapi oleh Kementerian Kesihatan serta doktor peribadinya.

Pejabat perdana menteri memberitahu The Jerusalem Post bahawa, RivkaPaluch tidak pernah bersentuhan denganBenjamin Netanyahu, dan menjalankan tugas  melakukan dari jarak jauh semenjak wabak berkenaan menular.

Sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung virus itu, semua sekolah di Israel telah ditutup. Semua mesyuarat di kawasan awam, terbuka atau ditutup dengan lebih daripada 10 orang juga telah diharamkan.

Semua firma perdagangan kecuali pasar raya, farmasi, stesen minyak dan bank juga telah ditutup sejak 15 Mac

[fbcomments]