Pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Alyahya baru pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41 berkata dia tidak memaksa isterinya itu untuk bertudung sepenuhnya meskipun mengakui isterinya itu kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab.

“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan.

“Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah.

“Tidak dinafikan apabila Scha memakai tudung kelihatan lebih manis dan ayu. Sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik,” katanya.

Awal juga berkata penghijrahan bukan sesuatu yang mudah apatah lagi sebelum ini Scha ada menerima banyak tawaran untuk menjadi model bertudung namun terpaksa ditolak kerana masih belum bersedia.

Nampak perbezaan selepas umrah

“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.

“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” katanya.

“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.

“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.

“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti ­netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.

“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” katanya.

Sumber: Kosmo

[fbcomments]