Sebelum ini telah tular video pergaduhan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bersama isteri di aplikasi Twitter.
Pergolakan rumah tangga mereka itu menarik perhatian ramai dan lebih mendapat perhatian apabila isterinya Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, mengemukakan permohonan cerai pada Khamis.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu hadir di mahkamah hari ini, dengan berbaju kurung bersama peguam syarienya, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.
Difahamkan, pemohonan cerai itu difailkan kerana perbalahan berpanjangan ataupun shiqaq dalam rumah tangga mereka yang telah didirikan selama 10 tahun ini.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. Mahkamah telah menetapkan tarikh 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Menurut temubual dengan Harian Metro,mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu. Dia turut menyatakan bakal memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak.
“Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya.
Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 8 tahun.
Sumber: Harian Metro