Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang sebuah kedai runcit telah diserang perompak dan seorang wanita warga emas terpaksa menghadapi situasi tersebut berseorangan. Difahamkan kejadian berlaku di kedai runcit yang terletak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor dan kini polis sedang memburu empat penjenayah yang terlibat dalam kejadian samun berparang itu.
Penjenayah mcm ni baik tembak mati teruih, takyah bgi muka kat sampah mcm ni dh !!
Kalau besok lusa jdi kat hang atau ibubapa hang masa tu hang tau ler mcm mana rasa trauma tu nnti !!
Sumber vid: Edisi Siasat pic.twitter.com/NflYDMIhki
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 13, 2024
Empat Perompak Samun Kedai Sambil Bawa Parang
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat iaitu Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.32 petang dari seorang pegawai perubatan berusia 26 tahun.
Katanya, pengadu dan keluarganya telah didatangi oleh empat individu lelaki yang tidak dikenali yang berpakaian serba hitam menutupi seluruh badan, dan suspek menaiki kereta jenis Perodua Ativa merah.
“Kesemua suspek bersenjatakan parang telah memasuki kedai runcit milik nenek pengadu. Suspek kemudian telah masuk ke rumah pengadu menerusi pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.
“Suspek telah bertindak ke tingkat bawah setelah menyedari ibu pengadu bangun dan menjerit mengejutkan bapa pengadu yang sedang tidur di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Warga Emas Tenang Hadapi 4 Penyamun
Sementara itu, Ahmad Ridhwan turut memaklumkan pihaknya kini sedang giat mengesan kesemua suspek dan meminta agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi.
Difahamkan mangsa mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM1,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen395/397 Kanun Keseksaan.
Melihat video yang kian tular di media sosial itu, mangsa yang merupakan wanita warga emas kelihatan tenang mengawal keadaan ketika kedainya diceroboh penyamun. Malah, mangsa sempat memberikan nasihat kepada mereka semua dalam bahasa mereka.
Kredit: X mynewshub