Dewan Muslimat Pas Malaysia telah membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 Grand Final gala Night yang dijadual berlansung pada 2 Januari 2021.
Menurut ketuanya,ini adalah kerana penganjuran pertandingan ratu cantik merupakan satu acara yang mengeksploitasi kecantikan wanita demi menarik perhatian umum.
Secara tidak langsung penganjuran acara ini seolah-olah kita merelakan wanita Malaysia dijadikan objek perhiasan di pentas’ katanya dalam satu kenyataan.
Umum mengetahui tiada faedah yang diperoleh melalui penganjuran aktiviti sedemikian. Malahan ia mengundang gejala sosial yang seharusnya kita elakkan.
Ujarnya, kecantikan kurniaan Allah haruslah digunakan sebaiknya untuk manfaat manusia sejagat bukan dipertandingkan.
Selain itu konsep penganjuran program seperti ini sebenarnya tidak pernah dibenarkan oleh mana-mana agama terutamanya Islam kerana program seumpama ini lebih bersifat eksploitasi kepada wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun-tamadun yang telah pupus sebelum ini.
Justeru itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan untuk membatalkan penganjuran Pertandingan Ratu Cantik tersebut demi memberi signal kepada masyarakat untuk tidak lagi menganjurkan pertandingan seumpama ini.