Baru-baru ini tular di media sosial selepas sebuah pesawat SQ321 dari Singapore Airlines menghadapi gelora udara (turbulence) teruk ketika penerbangan sehingga terdapat satu kematian dan juga kecederaan terhadap penumpang yang menaiki penerbangan tersebut.

Video di bawah:

https://x.com/mattwallace888/status/1792934651582972310?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Singapore Airlines Alami Gelora Udara Teruk

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan pada Selasa.

“Singapore Airlines (SIA) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami akan memberikan kemas kini berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, SIA dalam satu kemas kini pada laman Facebooknya memaklumkan bahawa pada jam 7.50 malam waktu Singapura, 18 penumpang telah dimasukkan ke hospital sementara 12 lagi menerima rawatan di hospital.

“Baki penumpang dan kru sedang diperiksa dan diberi rawatan yang perlu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Warga Emas Umur 73 Tahun Dilaporkan Maut

Menurut sumber lagi, seorang lelaki warga Britain yang berusia 73 tahun dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan yang teruk semasa pesawat menghadapi gelora udara.

Dalam sidang akhbar, Kittipong Kittikachorn iaitu pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi berkata seramai tujuh orang penumpang turut mengalami kecederaan parah.

Difahamkan pesawat itu tiba-tiba menurun di udara, menyebabkan penumpang dan objek tercampak di sekeliling kabin hingga mengakibatkan kesemua mereka tercedera.

Sementara itu, Singapore Airlines juga telah membuka talian penting bagi waris penumpang untuk mendapatkan maklumat di talian +65 6542 3311.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]