Tak salah pun nak berhibur. Ini kerana hiburan dianggap juga sebagai terapi minda. Antara hiburan yang sering menjadi pilihan ialah menyanyi dan berjoget.

Namun kita haruslah meletakkan suatu batas agar segala hiburan itu tidak bertentangan dan berkehendak dengan agama.

Baru-baru ini telah tular satu berita dimana terdapat seramai 23 pengunjung pusat karaoke dangdut di Kota Bharu, Kelantan, berjaya ditahan oleh pihak berkuasa semasa serbuan dilakukan di premis tersebut.

Katanya kesemua mereka dipercayai mengikuti satu pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh premis berkenaan.

Disertai wanita warga emas

Mereka yang ada dalam premis tersebut terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita yang sedang mengikuti satu pertandingan nyanyian yang turut disertai wanita warga emas sudah bergelar nenek.

Penganjur telah menyediakan hadiah buat para pemenang bagi kategori Ratu Gedik, Ratu Dangdut dan Penyanyi Lelaki Terbaik. Namun, pertandingan tersebut berakhir apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) melaksanakan Operasi Noda Khas kira-kira pukul 11.20 malam.

Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk dikenakan tindakan lanjut. Empat daripada 12 wanita yang ditahan turut dikenakan tindakan oleh Jaheik kerana berpakaian tidak sopan.

[fbcomments]