Mengulas mengenai perhimpunan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, baru-baru ini, Dr Noor Hisham menzahirkan perasaan kecewanya.
… dah tak boleh buat apa sebab dah berlaku tetapi tindakan kita dalam dua minggu ini ialah memantau sekiranya ada kes positif namun kita harap kes tidak meningkat terutamanya dari Kuala Lumpur. Kalau kes meningkat, baru ambil tindakan seperti ada satu kes positif, KKM akan memulakan aktiviti kesihatan awam.
Tujuh bulan kami bekerja keras untuk memastikan dan mengelakkan penularan ini, kalau ini berlaku (gelombang ketiga), kita mungkin akan bekerja keras selama empat bulan lagi. Seramai 250,000 pasukan petugas kesihatan mungkin akan kembali bekerja selama 20 jam sehari sekiranya kes kembali mendadak. Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas, kita kawal sempadan dan kita harap masa Hari Raya Aidiladha ini tiada peningkatan kes secara mendadak.
Ujarnya lagi, masyarakat tidak mematuhi SOP penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka. Pada masa yang sama, potensi untuk gelombang ketiga berlaku juga amat tinggi dan pasukan kesihatan terpaksa bekerja keras lagi.