Tahun baharu 2020 bermula suram apabila dunia dikejutkan dengan serangan dahsyat koronavirus yang bermula di Wuhan, China sebelum merebak ke seluruh dunia.
Koronavirus atau singkatannya, CoV, dikatakan sangat berbahaya. Virus yang menjangkiti paru-paru dan saluran pernafasan itu boleh menyebabkan mangsa mati jika tidak dirawat segera.
Bermula kisah sedih
Satu demi satu cerita sedih disebalik wabak yang sedang melanda Wuhan, China ketika ini. Pertambahan pesakit yang terkena wabak Koronavirus dilihat semakin kronik kerana beberapa daerah di negara China mulai mengumumkan perintah berkurung kepada penduduknya.
Dipisahkan dengan dinding kaca
Wabak yang menyerang pula tidak mengira siapapun termasuklah bayi dan juga orang dewasa. Pesakit-pesakit yang disahkan positif telah ditempatkan di hospital bagi tujuan rawatan.
Dalam pada kegusaran pertambahan jumlah kematian akibat wabak ini, satu video mengenai seorang bapa yang mennagis melihat anaknya kerana tidak mampu menyentuh bayi itu ekoran disahkan positif koronavirus.
Walaupun kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan sepenuhnya, namun dapat kita lihat betapa pilunya hati seorang bapa apabila hanya mampu melihat anaknya dari bilik kuarantin kerana wabak yang melanda.