fbpx

Semalam, Ismail Sabri ada buat pengumuman mengejut iaitu pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan serta penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta bebeapa lagi daerah lain.

Institusi bank sedia membantu

Susulan daripada pengumuman tersebut, institusi perbankan bersedia untuk membantu peminjam dan pelanggan yang berada di beberapa kawasan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) berkata, peminjam dan pelanggan di kawasan PKPB atau PKPD yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan harus segera menghubungi bank mereka untuk meminta bantuan pembayaran balik.

Bank-bank bersedia untuk memudahkan permohonan bantuan pembayaran balik untuk disesuaikan dengan keadaan kewangan para peminjam dan pelanggan. Mereka (pelanggan dan peminjam) dapat menghubungi bank mereka melalui e-mel atau telefon jika mereka tidak dapat melakukan pertemuan secara bersemuka kerana sekatan pergerakan.

Dapatkan maklumat di bank

Peminjam dan pelanggan di kawasan yang terjejas ini dinasihati untuk memeriksa di laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang perubahan pada waktu operasi atau peraturan untuk perkhidmatan di kaunter.

Mereka juga dapat terus melakukan urusan perbankan di semua terminal layan diri, seperti mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) yang terletak di kawasan PKPB.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bantuan pembayaran balik, orang ramai juga boleh menghubungi ABM Connect melalui laman web ABM di https://www.abm.org.my/eabmconnect atau AIBIM di 03-2026-8002 / 8003 atau melalui e-mel di staff@aibim.com.

Peminjam atau pelanggan yang masih menghadapi kesukaran selepas berunding dengan bank mereka boleh menghubungi BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my atau hubungi 1-300-88-5465.

Sebagai alternatif, peminjam atau pelanggan juga boleh mendapatkan panduan dan memilih pilihan lain bagi mendapatkan bantuan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan menghubungi 03-2616-7766.

[fbcomments]