Syawal kali ini disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak Covid-19. Ia juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri telah mengetuai sendiri takbir hari raya Aidilfitri.
Tan Sri Muhyiddin mengetuai takbir hari raya yang turut disertai barisan kabinetnya serta ketua-ketua agensi kerajaan yang disiarkan oleh hampir semua stesen televisyen di negara malam semalam.
Sebelum ini belum pernah ada seorang Perdana Menteri Malaysia mengetuai takbir hari raya menjelang sambutan Aidilfitri.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bercampur terharu kerana berbangga takbir raya tahun ini diketuai sendiri oleh Perdana Menteri. Inilah Perdana Menteri yang kami mahukan, itu lah antara kata-kata yang diucapkan oleh netizen.
Macam mana pula dengan anda? Yang pasti raya tahun ni berlainan dengan tahun-tahun lain. Sebak lain macam!