fbpx

Perhimpunan yang berlaku di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh para penyokong bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya mendatangkan kemarahan banyak pihak kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan semasa negara berhadapan pandemik Covid-19.

Panggil penganjur perhimpunan

Oleh sebab itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor telah memaklumkan bahawa akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut bagi mendapatkan keterangan.

Menurut kenyataan, pihak berkuasa akan mengesan individu yang terlibat dalam perhimpunan semalam melalui CCTV Mahkamah Kuala Lumpur.

Semalam, perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur kecoh apabila ratusan penyokong Najib Razak bersesak bagi sama-sama mengetahui keputusan berkenaan pertuduhan yang dikenakan kepada beliau berhubung isu SRC International.

[fbcomments]