Tindakan seorang lelaki dari Aceh yang nekad menjejak saudara kandungnya membawa kepada penemuan mengejutkan apabila tiga lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan dirantai dan dikurung hampir setahun di sebuah unit kondominium di Jalan Dr. Wu Lien Teh, Pulau Pinang pada malam tadi.

@abg.siasat.aa

pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini termasuk mengenal pasti motif kesemua mangsa dikurung serta penglibatan suspek lain. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kes serta tangkapan tersebut.

♬ original sound – DNP – DNP

Tiga Lelaki Indonesia Dirantai Hampir Setahun, Empat Suspek Kini Direman

Hasil maklumat yang dihantar salah seorang mangsa menerusi telefon, warisnya dari Indonesia tiba ke Malaysia dan membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang wanita warga asing.

Difahamkan, mangsa bukan sahaja dikurung, malah kaki mereka dirantai pada jeriji tingkap rumah tersebut, dipercayai untuk menghalang sebarang percubaan melarikan diri. Ketiga-tiganya juga tidak saling mengenali antara satu sama lain.

Pasport milik mangsa pula dipegang oleh salah seorang suspek atas alasan kononnya untuk menguruskan tawaran kerja. Namun siasatan awal polis mendapati tiada sebarang dokumen pekerjaan atau bukti sokongan yang menunjukkan mereka dibawa masuk secara sah untuk bekerja.

Empat suspek berusia antara 40 hingga 55 tahun kini direman selama empat hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi tadi. Perintah reman dibenarkan sehingga 14 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 344 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan kini tertumpu kepada motif sebenar pengurungan serta kemungkinan wujudnya jaringan pemerdagangan manusia atau aktiviti eksploitasi buruh.

Kredit: Berita Harian

 

 

[fbcomments]