Pelakon Shaheizey Sam menerima kecaman daripada netizen selepas dilihat menggantung ‘pod’ atau rokok elektronik di leher ketika muncul dalam sebuah penganjuran majlis anugerah yang disiarkan secara langsung malam tadi.


Bukan satu tapi empat!

Sam yang ketika itu menjadi hos penyampai mengenakan persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dilihat menggantung alat berkenaan sebagai ‘aksesori’ .

Apa yang mencuri tumpuannya ialah, artis tersebut seolah-olah cuba mempromosikan produk berkenaan secara tidak langsung dimana dia bukan hanya menggantung satu, malah sekali empat unit terus digantung di lehernya dengan pelbagai warna.

Terlepas pandang

Menurut pelakon popular terbabit, dia mengakui bahawa itu adalah diatas kecuaiannya sendiri apabila membawa beberapa rokok elektronik atau vape ketika menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.


Menurut Sam dia berada dalam keadaan gementar dan pada masa sama memang kerap membawa vape bersama.

Saya minta maaf kerana saya sendiri yang cuai. Bukan salah pihak penganjur ABPBH33 atau TV3. Semalam, saya berada dalam keadaan gementar sebab situasi norma baharu yang lengang membuatkan saya lupa untuk alihkan vape.

Saya memang sentiasa membawa vape yang banyak kerana jika salah satunya kehabisan bateri, saya ada pengganti. Tak sangka pula saya boleh terlepas pandang.

Menurutnya, selepas selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah, dia baru terfikir mengenai vape yang tergantung di lehernya.

[fbcomments]