Seorang pelajar lelaki berkelainan upaya (OKU) cedera pada muka selepas dipukul individu tidak dikenali menggunakan topi keledar dalam satu kejadian di sebuah kedai di Pulau Pinang.


5B909357-1BF7-43CB-A1A5-C5F5FA3044DF
658878D4-B798-47E9-809D-4B5FE3281552

Mangsa berusia 21 tahun dikenali sebagai Iznur Hakim Mohd Nor dipukul oleh lelaki yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru semalam.

Difahamkan, mangsa ketika itu sedang berehat di kedai penjual pakaian terpakai ayahnya sebelum didatangi lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba bertindak memukulnya menggunakan topi keledar yang berada dalam kedai tersebut.

Akibat kejadian itu, pelajar pendidikan khas tersebut mengalami kecederaan teruk pada muka termasuk patah tulang hidung

Susulan itu, lelaki tersebut melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift sebelum dilaporkan terlibat dalam kemalangan.


Siasatan lanjut mendapati, lelaki tersebut mengalami tekanan jiwa sejak awal Mac lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Malah motif kejadian juga masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

[fbcomments]