fbpx

Seorang pengurus sebuah rumah kebajikan di Kulim, Kedah dilaporkan telah dikenakan denda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang warga emas pada Isnin yang lepas.

Video Di Bawah

https://x.com/majoritionline/status/1784144623054807228?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Pukul Penghuni Warga Emas, Tertuduh Mengaku Bersalah

Menurut laporan Kosmo, Majistret Jamaliah Abd. Manap menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, L. Vignesvari, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Pada masa yang sama, Jamaliah turut memerintahkan wanita terbabit dipenjarakan selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Namun, Vignesvari dilaporkan belum membayar denda berkenaan setakat pukul 12.30 tengah hari Ahad.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada P. Tharmalingan, 69, dengan memukulnya menggunakan kayu di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Sungai Karangan, Kulim pada jam kira-kira 3 petang.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sebelum ini, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Suhailah Ahmad yang mewakili tertuduh dilaporkan memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan berbentuk pengajaran memandangkan dia seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun selain tiada pendapatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S. Pavitra memohon agar hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh kerana ia kes berkepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengesahkan rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar.

Hal itu dibongkar selepas siasatan dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta polis dibuat terhadap rumah kebajikan swasta tersebut.

Kredit: Kosmo!, X Majoriti Official (Video)

 

 

[fbcomments]