fbpx

Seperti sedia maklum, baru-baru ini terjadinya sebuah kes dimana seorang pelajar tahun satu didenda dengan dikurung dalam pagar besi oleh gurunya sendiri. Tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, tidak kiralah dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru yang lain.

Kini, bapa kepada murid terbabit telah tampil untuk menyuarakan kejadian yang sebenar.

Kini Anak Trauma Hendak Ke Sekolah

Menurut sumber Mstar, Azrul iaitu bapa kepada murid berkenaan memaklumkan rasa kesal dengan tindakan yang diperlaku terhadap anak lelakinya itu.

“Saya memang tak bersetuju dengan tindakan cikgu tersebut, buat budak-budak macam tu. Saya sebagai bapa sangat kecewa. Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah sebab trauma, takut akan dimasukkan ke dalam penjara itu lagi”, jelasnya kepada pihak Mstar ketika ditemubual.

Bapa Mohon Maaf Atas Gurauan Anaknya

Menurut Azrul, beliau telah mengikuti satu perjumpaan yang dibuat oleh pihak sekolah, polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau di Negeri Sembilan pada pagi Rabu. Selepas perbincangan selesai, Azrul memaklumkan bahawa dia menerima penjelasan pihak sekolah dan memaafkan atas kejadian yang berlaku.

“Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Saya juga minta tempat tersebut dibuka dan jangan jadikan sebagai tempat kurung budak-budak kat dalam tu”, ujarnya.

“Saya sekeluarga juga turut memohon maaf kepada pihak yang terlibat. Kami menyesali atas perbuatan anak kami. Saya akan menasihat anak saya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang”, tambah Azrul yang kesal dengan tindakan anaknya itu.

Tiada Rasa Dendam Kepada Sesiapa

Menurut kenyataan guru lelaki terbabit, ruangan besi itu merupakan ruangan pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah. Satu perjumpaan dibuat sekali lagi yang melibatkan pegawai pendidikan daerah, pihak sekolah dan keluarga mangsa juga dihadiri oleh pihak polis bagi membantu menyelesaikan isu ini secara baik.

“Hasil perjumpaan tersebut, bapa mangsa menerima penjelasan oleh guru tersebut dengan baik dan memaafkannya”. Orang ramai diseru agar tidak menyebarkan berita yang tidak berasas sehingga boleh mendatangan isu yang lebih serius.

Kredit: Mstar

[fbcomments]