Puteri Sarah yang baru-baru ini bercerai dengan Syamsul Yusof telah terpalit dengan isu tidak hormat tempoh edah. Ianya berlaku apabila beliau dilanda kontroversi dengan dikatakan tidak menghormati tempoh edah setelah penceraiannya bersama bekas suaminya itu.

Tampil Beri Respon
Menurut sumber media OhBulan!, beliau berpendapat bahawa tiada sebarang masalah yang perlu diketengahkan sekiranya beliau keluar untuk bekerja meskipun masih dalam tempoh edah. Katanya lagi, beliau sudah pun membuat beberapa rujukan dan menerima panduan berhubung isu tersebut.
“Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah. Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja. Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting“, jelas Sarah kepada pihak OhBulan! semasa ditemubual pada semalam.
Tidak Terasa Hati Kepada Yang Mempersoalkan Keberadaannya
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa dia tidak terasa hati apabila ada yang mempersoalkan keberadaannya dan dituduh tidak menghormati tempoh edah setelah bercerai sejak 14 Jun lalu.
“Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya. Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial”, ujar Sarah.
Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Walaubagaimanapun, rumah tangga mereka berantakan selepas kehadiran orang ketiga dan mereka disahkan bercerai pada 14 Jun lalu dengan talak satu.
Kredit: OhBulan!