Isu pertunangan pelakon Saidah Kamarudin yang dikatakan terlerai kerana masalah kewangan menarik perhatian ramai termasuk usahawan kontroversi, Kak KM yang tampil memberikan pandangan jujurnya.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSkkVPQkE/
“Itu Bukan Mata Duitan, Tapi Gila Harta” – Kak KM Tegur Sikap Pilih Pasangan Berdasarkan Duit Semata-Mata
Menerusi satu siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegaskan bahawa seseorang wanita seharusnya tidak menilai calon suami berdasarkan jumlah wang yang dimiliki semata-mata, apatah lagi jika hubungan masih di peringkat awal.
“Kalau sebab RM500 kau nak putus tunang, itu bukan mata duitan lagi dah, itu gila harta. Belum kahwin pun lagi, duit dia adalah hak dia. Janganlah terlalu menekan pasangan hanya kerana dia belum ada simpanan besar,” ujarnya.
Menurutnya lagi, dalam fasa perkenalan atau pertunangan, pasangan seharusnya menerima kekurangan masing-masing dan tidak mengharapkan kesempurnaan, lebih-lebih lagi dalam aspek kewangan.
![]()
“Kadang-kadang kita ni terlalu kejar material sampai lupa yang duit bukan jaminan bahagia. Kalau betul jodoh, walau ada RM5 pun boleh bina hidup bersama. Tapi kalau bukan jodoh, ada RM5 juta pun tak guna,” katanya.
Kak KM turut mengulas realiti perkahwinan masa kini yang katanya semakin rumit apabila ada pihak yang terlalu berkira, walaupun sudah sah bergelar suami isteri.
“Ada pasangan yang dah kahwin pun masih pegang mentaliti, duit aku duit aku, duit kau duit kau. Sedangkan perkahwinan itu sepatutnya tentang berkongsi segalanya,” tambahnya.
![]()
Berkongsi pengalaman peribadi, Kak KM mendedahkan bahawa ketika dia dan suami mendirikan rumah tangga dahulu, mereka bermula dari bawah dan tidak memiliki apa-apa. Namun itulah yang menguatkan hubungan mereka hingga ke hari ini.
“Kami sama-sama susah, itu yang buat kami lebih menghargai antara satu sama lain. Tak semua benda boleh diukur dengan duit,” katanya lagi.
![]()
Terdahulu, pelakon Saidah mendedahkan pertunangannya bersama aktor Muntazar Gufran berakhir kerana faktor kewangan, termasuk dakwaan simpanan lelaki itu hanya sekitar RM500. Namun, Muntazar tampil menafikan kenyataan tersebut dan menjelaskan bahawa dia mempunyai simpanan dalam bentuk pelaburan yang tidak dinyatakan kepada umum.
Kredit: TikTok st4rbbyyie