Bukan hanya meragut rantai emas jemaah wanita, dua lelaki ini turut memukul mangsa menggunakan besi dalam kejadian di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering, Kubang Semang dekat Bukit Mertajam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Superintendan Mohd Mustafa Bidin ketika dihubungi dan mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata, mangsa berusia 65 tahun berada di ruang solat masjid berkenaan bagi menghadiri kelas mengaji sebelum dihampiri dua suspek.

“Suspek bertindak meragut rantai emas yang dipakai dan mangsa yang menjerit ketakutan kemudiannya dipukul menggunakan besi.

Mereka juga membawa cangkul dan mengacukan ke arah mangsa serta dua lagi jemaah wanita yang berada di situ.”

Dua suspek terbabit juga turut mengambil beg solat yang mengandungi telefon bimbit, telekung solat dan kitab.

Menurutnya, mangsa mendakwa hanya dia dan dua lagi jemaah berada di ruang solat berkenaan sebelum meminta bantuan seorang pekerja warga asing yang sedang membaiki bumbung masjid.

Sudah la merompak, lebih hina lagi tergamak membuat perangai keji di dalam rumah Allah.

[fbcomments]