Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang pelakon yang dikatakan turun berat badan akibat mengambil barang terlarang. Gara-gara mengalami penurunan berat badan yang mendadak, ramai yang memetik nama Raja Afiq sebagai individu tersebut.

Menurut laporan mStar, pelakon berusia 29 tahun itu jelas menafikan dakwaan tersebut. Katanya, dia agak pelik dengan kenyataan yang dianggap tiba-tiba selepas menceritakan kisah dia disihir tersebut.

“Sebelum ini, saya ada bagitahu saya disihir. Mungkin yang keluarkan cerita aku ambil barang terlarang ni lah yang sihir saya.”

“Sebab lepas bagitahu cerita sihir saja, tiba-tiba keluar cerita itu. Kami tak mahu tuduh sesiapa cuma boleh fikir logik akal sebenarnya.“

Aku hisap rokok pun tak pernah..

“Hisap dadah apanya, saya ni hisap rokok pun tidak. Saya cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.

Raja Afiq memaklumkan dia sememangnya tidak mengambil bahan terlarang. Dia juga meminta penuduh untuk mengemukakan bukti bersama sebelum membuat tuduhan tidak berasas.

Kenyataan di Instagram Story Raja Afiq
“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu. Dunia ini ada undang-undang, akhirat pun sama. Saya takkan pernah maafkan individu yang memfitnah saya dan membuat cerita tidak betul tentang saya… ” katanya.

Kehidupan ditanggung isteri?

Sementara itu, isteri Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff mengakui tidak salah sekiranya dia menanggung kehidupan seharian suaminya disebabkan gangguan sihir yang dikatakan telah menyekat rezeki pelakon tersebut.

“Bukan satu kesalahan kerana kita suami isteri. Kita berkahwin untuk saling membantu, melengkapi.. bukan saling membebani satu sama lain,” ujar Soffwany yang juga bekas anggota polis.

“Isteri tanggung sebab saya terkesan. Saya tak ada shooting. Bukan saya tak nak shooting, saya ada kudrat lagi, masih kuat. Tapi itulah. Siapa saja orang di dunia ini yang tidak mahu kerja.”kata Raja Afiq.

Terdahulu, Afiq mendedahkan dia melalui detik hitam apabila berdepan masalah kesihatan selepas disihir oleh individu tidak dikenali.

Afiq berkata ustaz yang merawatnya mengatakan individu tersebut mempunyai niat untuk menyekat rezekinya. Malah sejak pertengahan tahu lalu dia juga kurang menerima tawaran berlakon dan kurang keyakinan diri.

Sumber: mStar

[fbcomments]