fbpx

Nama Abu Syafiq semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Bermula dengan kisah yang dikaitkan dengan Ust Ebit Lew dan kini kali ini pula, dia telah memuat naik satu posting seakan meminta untuk menukar Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama Malaysia sekarang.

Kata kawan..ramai berpandangan Menteri Agama pun perlu diganti. Termasuk timbalannya” tulisnya

Tidak pasti apakah sebab dia menulis sedemikian namun pastinya ia ditujukan kepada Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan timbalannya sekarang iaitu YB Ahmad Marzuk Shaary.

Terdahulu, Abu Syafiq dikatakan ingin bertanding di Parlimen Jerlun & Langkawi

Ini berikutan suasana politik Kedah kembali hangat susulan Mukhriz Mahathir hilang kepercayaan menyaksikan kerajaan PH pimpinan anak bekas Perdana Menteri itu jatuh.

Menurut Abu Syafiq, dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Jerlun dan Langkawi. Umum mengetahui kedua-dua kawasan parlimen tersebut merupakan kubu kuat Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir

[fbcomments]