fbpx

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa dirinya tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-Biontech seperti menteri-menteri yang lain.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, beliau sendiri membuat keputusan untuk mengambil suntikan vaksin yang sama seperti yang akan diterima oleh rakyat biasa.

Insya Allah, saya akan ambil mana-mana vaksin diluluskan seterusnya, kalau Sinovac, saya sedia, begitu juga Sputnik V keluaran Rusia atau Oxford-AstraZeneca dari Britain.

Jelas Khairy tidak kiralah vaksin itu Sinovac atau Sputnik V diluluskan terlebih dahulu, itulah yang akan diambil oleh beliau.

Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaksin (Pfizer-BioNTech).

Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang. (Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.

Ramai mempersoalkan suntikan

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu menerima suntikan jenis Pfizer-Biontech.

Saya tahu ada warganet persoal kenapa Perdana Menteri, menteri-menteri, Menteri Besar, petugas barisan hadapan dapat vaksin Pifizer-Biontech tetapi rakyat pula disuntik vaksin lain.

Konon dos syarikat lain itu kurang berkesan dan tidak mahal, justeru setelah meneliti balik beberapa hari lalu, saya memutuskan untuk disuntik bukan vaksin Pfizer-Biontech.

[fbcomments]