Sejak akhir-akhir ini pasangan selebriti media sosial yang terkenal di laman YouTube, M.Sugu dan S.Pavithra telah menjadi tumpuan ramai apabila timbulnya konflik hubungan mereka sehingga menjadi kes polis.
Sugu telah ditahan reman sebelum dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali kerana didakwa atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan turut mencederakan isterinya.
Malah pasangan YouTuber masakan ini juga turut memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.
Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran ‘Sugu Pavithra’ yang kini mempunyai 787,000 subscribers.
“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.”
“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada, tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga.”