Kelmarin, kecoh di laman media berkenaan sebuah kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik pelakon terkenal iaitu Pekin Ibrahim telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan keretanya itu mengalami kerosakan teruk atau ‘total lost’
Menurut beliau, punca kemalangan masih tidak dapat dikesan kerana insiden terbabit berlaku dalam sekelip mata.

Benda Berlaku Sekelip Mata, Bukan Sebab Berlumba
Kejadian yang berlaku di Putra Height, Subang itu turut melibatkan tiga orang individu yang turut kawannya berada dalam kereta terbabit. “Alhamdulilah, mereka semuanya selamat walaupun mengalami kecederaan termasuklah patah bahu. Doakan rakan-rakan saya itu cepat sembuh”, jelasnya.
Menurut sumber Harian Metro, Pekin menjelaskan bahawa dia juga meminta kepada semua pihak dan netizen untuk menghentikan komen yang mendakwa mereka yang terbabit dalam kemalangan itu meninggal dunia kerana berlumba.
“Menurut rakan saya, Amirul, mereka bukan berlumba sebaliknya keluar makan dan kejadian itu berlaku sekelip mata. Mereka juga masih trauma dan doakan rakan-rakan saya ini cepat sembuh dan selepas itu baru kami bincang mengenai kejadian itu,” katanya.

Bukan Pekin Yang Pandu Kereta Terbabit
“Ramai yang menghantar Whatsapp dan Direct Message (DM) bertanya keadaan kerana mereka ingat saya yang memandu kereta itu. Saya nak beritahu bukan saya yang memandu kereta terbabit. Alhamdulillah, saya selamat dan apa yang berlaku aturan Allah,” ujarnya lagi.
“Saya bukan nak salahkan sesiapa kerana benda sudah jadi. Takpalah, saya anggap tiada rezeki,” katanya.
Sementara itu, difahamkan, kereta milik Pekin itu juga mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu lalu.
Kredit: Harian Metro