fbpx

Pelakon terkenal Remy Ishak kini bergelar Datuk setelah dianugerahkan Darjah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada Ahad.

Difahamkan, istiadat penganugerahan tersebut diadakan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Sudah Berlakon Lebih 2 Dekad

Menyentuh mengenai anugerah yang diterima, Remy Ishak atau nama sebenarnya ialah Mohammad Zalimei Isha, menegaskan bahawa gelaran Datuk yang diterima tidak akan mengubah dirinya. Beliau menekankan bahawa dirinya akan tetap seperti dahulu dan berharap orang ramai tidak melihat anugerah ini sebagai alasan untuk menganggapnya tinggi diri.

Menurut Remy, penganugerahan ini merupakan satu penghormatan besar yang tidak pernah diimpikannya, dan beliau melihatnya sebagai pengiktirafan kepada usaha dan pengorbanan penggiat seni di negara ini. Malah, anugerah ini memberikan inspirasi baharu untuknya terus berjaya dalam bidang seni pada masa akan datang.

Sebagai seorang anak jati Melaka, Remy telah aktif dalam industri hiburan dengan membintangi lebih daripada 30 filem sepanjang kerjayanya. Selain Remy, pelakon Ashraf Muslim turut menerima penghargaan melalui anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) atas lakonannya sebagai Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]