Rakyat Malaysia bakal berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus (Cincin) pada 26 Disember ini yang berlaku di kawasan Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata Gerhana Matahari Cincin itu hanya akan berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.
Tempoh gerhana akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.
Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi 21 tahun dahulu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor dan jika anda terlepas peluang ini, kita harus menunggu 22 tahun lagi.
Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Tak boleh melihat dengan mata kasar…Tolong jangan pandang terus kod gerhana
Bagaimanapun, menerusi status yang dimuatnaik oleh Permaisuri Agong, menyeru kepada semua masyarakat agar menjaga mata ketika melihat gerhana tersebut.
Menurut perkongsian ini, Permaisuri menceritakan pengalamannya melihat gerhana tanpa menggunakan kaca mata yang khas sehingga merosakan retina matanya.
Bagi anda semua yang nak melihat gerhana ini, boleh melihat dengan mata kasar tetapi dengan syarat menggunakan kaedah yang betul dan selamat.