Penghibur jalanan terkenal sebagai Abang Mr Bean, Mohd Nizam Mohamad Idrus, 49, meluahkan rasa syukur selepas beliau dan isteri, Suraya Zulkifli, terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com).
![]()
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1B8vomRjvp/
Abang Mr Bean Terima Tajaan Umrah 1000 Asnaf Bersama Isteri
Dalam perkongsian video rasmi ikhlas.com di Facebook pada Isnin, Abang Mr Bean menyifatkan peluang menunaikan ibadah umrah ini sebagai satu rezeki yang tidak dijangka. Beliau berkongsi bahawa kejutan itu hadir pada awal bulan Ramadan, memberi makna tersendiri selepas perjalanan hidupnya bersama isteri.
Video tersebut memaparkan pempengaruh, Edin Komeng, yang meminta Abang Mr Bean memintal belon untuk dijual secara seikhlas hati, di mana pelanggan bebas menentukan bayaran. Abang Mr Bean menjelaskan bahawa pengalaman tersebut mengajar bahawa peluang menunaikan umrah bukan hanya bergantung kepada kemampuan, tetapi bergantung kepada ketentuan dan seruan Ilahi.
![]()
“Umrah bukan untuk yang mampu sahaja. Bila Allah dah seru, perkara ini bukan mustahil,” ujarnya.
Inisiatif Umrah 1000 Asnaf diperkenalkan pada 19 Mac 2025 sempena ulang tahun kelima penubuhan Ikhlas Com Travel & Umrah. Program ini bertujuan memperkasa komuniti setempat dengan mengenal pasti golongan asnaf yang layak, seterusnya merealisasikan impian mereka untuk menunaikan ibadah umrah.
Kredit: Facebook IKHLAS