Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial apabila seorang rider makanan meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang wanita ketika menghantar pesanan ke rumah pelanggan.
![]()
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/r/1C4k4757Ro/?mibextid=wwXIfr
“Hanya Hantar Makanan, Tapi Kena Herdik”
Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Elya Natasha, insiden itu berlaku apabila rider berkenaan sampai ke lokasi penghantaran dan memberi salam seperti biasa. Namun, tiada jawapan daripada penghuni rumah. Melihat pintu rumah terbuka, dia tidak berani untuk masuk atau menjenguk, lalu membuat panggilan kepada nombor pelanggan. Malangnya, panggilan tersebut tidak berjawab.
Sebagai langkah terakhir, rider itu membunyikan hon dari luar pagar. Tidak disangka, tindakannya itu telah mengundang kemarahan seorang wanita yang kemudian keluar dari rumah dan terus memarahinya dengan kata-kata yang kurang sopan, termasuk memanggilnya “kurang ajar” dan mahu melaporkannya kepada pihak atasan.
![]()
“Saya hanya tanya elok-elok, ini alamat yang betul ke untuk penghantaran makanan, tapi saya pula dimarahi seolah-olah saya buat salah besar,” luah rider tersebut.
Dalam keadaan tangan menggigil akibat terkejut, rider itu sempat merakam sebahagian perbualan sebagai bukti. Jelasnya, dia tetap menjaga adab dan berbicara sopan kerana menghormati wanita tersebut sebagai orang tua, walaupun dirinya dihina dan ditengking.
![]()
Difahamkan, anak kepada wanita itu yang sebenarnya membuat pesanan makanan dan hanya muncul selepas kejadian itu berlaku. Malah, si anak turut mengarahkan ibunya masuk ke dalam rumah dan membayar makanan seperti biasa.
Walaupun kejadian itu berpunca daripada salah faham, rider berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila profesyennya seolah-olah dipandang rendah.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib rider tersebut dan berharap masyarakat lebih menghargai peranan mereka dalam memudahkan urusan harian pelanggan.
Kredit: Facebook Elya Natasha