fbpx

Mencari yang halal itu adalah kewajiban bagi umat Islam. Tidak kiralah jika kita ke tempat mana sekali pun, namun diharuskan untuk makan makanan halal terlebih dahulu.

Kalau kat Malaysia ni memang takde masalah pun rasanya untuk mencari makanan halal kerana Islam merupakan agama rasmi negara Malaysia dan majorii rakyatnya beragama Islam.

Bengang ditegur kerana beli makanan tidak halal

Seperti kisah dikongsikan ini apabila seorang wanita bengang ditegur oleh rider tentang makanan yang dipesan di grabfood adalah tidak halal.

Ini adalah negara sekular. Ini bukan tempat nak ‘berceramah’ tak masuk akal. Sejujurnya adakah dia ingat saya bodoh tidak tahu tempat ini non-halal? Buat jelah kerja kau. Bengang!

Rider tersebut memberitahu wanita itu bahawa makanan yang dipesan itu adalah dari tempat non-halal sekiranya wanita tersebut tidak perasan.

Malah rider tersebut turut memohon maaf sekiranya teguran itu terganggu kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk memberitahu. Walau bagaimanapun, rider tersebut tetap menghantar makanannya sehingga ke pintu rumah.

Perkongsian ini turut mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya menganggap wanita ini biadap kerana cuba memburukkan rider sehingga nak menjejaskan pekerjaannya.

[fbcomments]